Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا حضرتَ؛ فقل: {سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}.
Teks Bahasa Melayu
Apabila dihadirkan kepada kamu (mayat) maka ucapkanlah: {Akuilah kesucian Tuhanmu, -Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan,- dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam} [Surah al-Ṣaffāt ayat 180-182].
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1546, hadis no. 7848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا حضرت؛ فقل: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين})). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6462)]
(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA isteri Nabi SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila dihadirkan kepada kamu (mayat) maka ucapkanlah: {Akuilah kesucian Tuhanmu, -Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan,- dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam} [Surah al-Ṣaffāt ayat 180-182]. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6462]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman