Apabila diberikan amanah kepada bukan ahlinya, maka nantikanlah kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إذا وسد الأمر إلى غير أهله، فانتظر الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila diberikan amanah kepada bukan ahlinya, maka nantikanlah kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141-142, hadis nombor 710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: بينما النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس يحدث القوم، جاءه أعرابي فقال: متى الساعة؟ فمضى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدث. فقال بعض القوم: سمع ما قال، فكره ما قال. وقال بعضهم: بل لم يسمع. حتى قضى حديثه، قال: ((أين -أراه- السائل عن الساعة؟)) قال: ها أنا يا رسول الله! قال: ((فإذا ضيعت الأمانة؛ فانتظر الساعة)). قال: كيف إضاعتها؟ قال: ((إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ، فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ)). [خ، حم، ((الضعيفة)) (6947)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Ketika Nabi SAW sedang berada dalam sebuah majlis dan sedang bercerita kepada para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab badwi lalu dia bertanya: Bilakah akan berlakunya kiamat? Maka Rasulullah SAW meneruskan ucapannya. Sebahagian orang berkata: Baginda mendengar apa yang ditanyakan lalu baginda tidak suka apa yang disebutkan olehnya. Berkata sebahagian daripada mereka: Bahkan baginda tidak mendengar pun. Sehinggalah baginda selesai ucapannya lalu baginda bertanya: “Siapakah yang aku lihat tadi dia bertanya tentang hari kiamat itu?” Arab badwi itu berkata: Ya, aku yang bertanya itu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu diabaikan, maka nantikanlah berlakunya kiamat”. Seseorang bertanya: Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan pengabaiannya? Baginda berkata: “Apabila diberikan amanah kepada bukan ahlinya, maka nantikanlah kiamat”.
[Riwayat al-Bukhārī dalam Ṣaḥīh, Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs