Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا وسِّدَ الأمرُ إلى غيرِ أهلِه، فانتظرِ الساعةَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila diberikan amanah kepada bukan ahlinya, maka nantikanlah kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141-142, hadis no. 710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: بينما النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس يحدث القوم، جاءه أعرابي فقال: متى الساعة؟ فمضى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدث. فقال بعض القوم: سمع ما قال، فكره ما قال. وقال بعضهم: بل لم يسمع. حتى قضى حديثه، قال: ((أين -أراه- السائل عن الساعة؟)) قال: ها أنا يا رسول الله! قال: ((فإذا ضيعت الأمانة؛ فانتظر الساعة)). قال: كيف إضاعتها؟ قال: ((إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ، فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ)). [خ، حم، ((الضعيفة)) (6947)]
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Ketika Nabi SAW sedang berada dalam sebuah majlis dan sedang bercerita kepada para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab badwi lalu dia bertanya: Bilakah akan berlakunya kiamat? Maka Rasulullah SAW meneruskan ucapannya. Sebahagian orang berkata: Baginda mendengar apa yang ditanyakan lalu baginda tidak suka apa yang disebutkan olehnya. Berkata sebahagian daripada mereka: Bahkan baginda tidak mendengar pun. Sehinggalah baginda selesai ucapannya lalu baginda bertanya: “Siapakah yang aku lihat tadi dia bertanya tentang hari kiamat itu?” Arab badwi itu berkata: Ya, aku yang bertanya itu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu diabaikan, maka nantikanlah berlakunya kiamat”. Seseorang bertanya: Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan pengabaiannya? Baginda berkata: “Apabila diberikan amanah kepada bukan ahlinya, maka nantikanlah kiamat”. [Riwayat al-Bukhārī dalam Ṣaḥīh, Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6947]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman