Apabila dia mengucapkan sedemikian, pintu-pintu syurga akan terbuka untuknya

TEKS BAHASA ARAB

إذا فرغ أحدكم من طهوره فيشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، ثم يصلي علي، فإذا قال ذلك فتحت له أبواب الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu selesai bersuci, maka hendaklah dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad merupakan hamba-Nya dan rasulNya, kemudian berselawatlah ke atasku. Apabila dia mengucapkan sedemikian, pintu-pintu syurga akan terbuka untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1202, hadis nombor 6103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: إذا فرغ أحدكم من طهوره فيشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، ثم يصلي علي، فإذا قال ذلك فتحت له أبواب الجنة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2634)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’: Apabila seseorang kamu selesai bersuci, maka hendaklah dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad merupakan hamba-Nya dan rasulNya, kemudian berselawatlah ke atasku. Apabila dia mengucapkan sedemikian, pintu-pintu syurga akan terbuka untuknya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2634]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs