Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا فَرَغ أحدُكم من طُهُورِهِ فيَشْهَدُ أن لا إله إلا اللهُ وأنَّ مُحَمَّدًا عبدُه ورسولُه، ثم يُصَلِّي عَلَيَّ، فإذا قال ذلك فُتِحَتْ له أبوابُ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu selesai bersuci, maka hendaklah dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad merupakan hamba-Nya dan rasulNya, kemudian berselawatlah ke atasku. Apabila dia mengucapkan sedemikian, pintu-pintu syurga akan terbuka untuknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1202, hadis no. 6103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: إذا فرغ أحدكم من طهوره فيشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، ثم يصلي علي، فإذا قال ذلك فتحت له أبواب الجنة. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2634)]
(Palsu) Daripada 'Abdullah bin Mas'ud RA secara marfu': Apabila seseorang kamu selesai bersuci, maka hendaklah dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad merupakan hamba-Nya dan rasulNya, kemudian berselawatlah ke atasku. Apabila dia mengucapkan sedemikian, pintu-pintu syurga akan terbuka untuknya. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2634]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman