Apabila dia memasukkan tangannya ke dalam musuh dalam keadaan terdedah

TEKS BAHASA ARAB

غمسه يده في العدو حاسرا. قاله ﷺ لمن قال: يا رسول الله ما يضحك الرب من عبده؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Apabila dia memasukkan tangannya ke dalam musuh dalam keadaan terdedah". Baginda ﷺ menyebutkannya kepada orang yang bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan Tuhan tertawa dari (perbuatan) hamba-Nya?".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 575, hadis nombor 2967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عاصم بن عمر، قال: إن عوف بن الحارث، قال: يا رسول الله ما ‌يضحك الرب من عبده؟ فقال ﷺ: «غمسه يده في العدو ‌حاسرا». ‌فنزع ‌درعا كانت عليه فقذفها ثم أخذ سيفه فقاتل حتى قتل – رحمه الله -. [ابن إسحاق، «الضعيفة» (6643)].

(Munkar) Daripada ‘Asim bin Umar, beliau berkata: Sesungguhnya ‘Auf bin al-Harith bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan Tuhan tertawa dari (perbuatan) hamba-Nya?". Lalu baginda ﷺ menjawab: "Apabila dia memasukkan tangannya ke dalam musuh dalam keadaan terdedah". Lantas ‘Auf menanggalkan baju besi yang dipakainya lalu dia melemparkannya kemudian dia mengambil pedangnya dan berperang sehinggalah dia terbunuh, semoga Allah merahmatinya. [Riwayat Ibn Ishaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6643].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs