Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila dia memasukkan tangannya ke dalam musuh dalam keadaan terdedah

Teks Bahasa Arab

غَمْسُهُ يَدَهُ فِي الْعَدُوّ حَاسِرًا. قاله ﷺ لمن قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا يُضْحِكُ الرّبّ مِنْ عَبْدِهِ؟

Teks Bahasa Melayu

"Apabila dia memasukkan tangannya ke dalam musuh dalam keadaan terdedah". Baginda ﷺ menyebutkannya kepada orang yang bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan Tuhan tertawa dari (perbuatan) hamba-Nya?".

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 575, hadis no. 2967.

(منكر) عن عاصم بن عمر، قال: إن عوف بن الحارث، قال: يا رسول الله ما ‌يضحك الرب من عبده؟ فقال ﷺ: «غمسه يده في العدو ‌حاسرا». ‌فنزع ‌درعا كانت عليه فقذفها ثم أخذ سيفه فقاتل حتى قتل - رحمه الله -. [ابن إسحاق، «الضعيفة» (6643)].

(Munkar) Daripada 'Asim bin Umar, beliau berkata: Sesungguhnya 'Auf bin al-Harith bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan Tuhan tertawa dari (perbuatan) hamba-Nya?". Lalu baginda ﷺ menjawab: "Apabila dia memasukkan tangannya ke dalam musuh dalam keadaan terdedah". Lantas 'Auf menanggalkan baju besi yang dipakainya lalu dia melemparkannya kemudian dia mengambil pedangnya dan berperang sehinggalah dia terbunuh, semoga Allah merahmatinya. [Riwayat Ibn Ishaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6643].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.