Apabila dia meletakkan jenazah ke dalam lahad, dia berkata: “Dengan nama Allah, pada jalan Allah dan ke atas ajaran pesuruh Allah”

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حضرت ابن عمر في جنازة فلما وضعها في اللحد ، قال : بسم الله ، وفي سبيل الله ، وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما أخذ في تسوية اللبن على اللحد ، قال : اللهم أجرها من الشيطان ، ومن عذاب القبر ، اللهم جاف الأرض عن جنبيها ، وصعد روحها ، ولقها منك رضوانا قلت : يا ابن عمر أشيء سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم أم قلته برأيك ؟ قال : إني إذا لقادر على القول ، بل سمعته من رسول الله . صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersama Ibn ‘Umar menghadiri upacara pengurusan jenazah. Apabila dia meletakkan jenazah ke dalam lahad, dia berkata: “Dengan nama Allah, pada jalan Allah dan ke atas ajaran pesuruh Allah”. Apabila dia meratakan ketulan tanah ke atas lahad, dia berkata: “Ya Allah, selamatkanlah dia daripada syaitan dan azab kubur. Ya Allah, lapangkanlah bumi daripada dua lambungnya, angkatlah rohnya dan kurniakanlah kepadanya keredaan”. Aku berkata: Wahai Ibn ‘Umar, adakah ada sesuatu yang kamu dengar daripada Rasulullah SAW atau kamu katakan berdasarkan pandangan kamu? Dia menjawab: “Aku boleh katakan apa sahaja, bahkan ini adalah sesuatu yang aku dengarkan daripada Rasulullah SAW”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 63, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْكَلْبِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا إِدْرِيسُ الْأَوْدِيُّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، قَالَ: حَضَرْتُ ابْنَ عُمَرَ فِي جِنَازَةٍ، فَلَمَّا وَضَعَهَا فِي اللَّحْدِ، قَالَ: «بِسْمِ اللَّهِ، وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ» فَلَمَّا أُخِذَ فِي تَسْوِيَةِ اللَّبِنِ عَلَى اللَّحْدِ قَالَ: «اللَّهُمَّ أَجِرْهَا مِنَ الشَّيْطَانِ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، اللَّهُمَّ جَافِ الْأَرْضَ عَنْ جَنْبَيْهَا، وَصَعِّدْ رُوحَهَا، وَلَقِّهَا مِنْكَ رِضْوَانًا» قُلْتُ: يَا ابْنَ عُمَرَ أَشَيْءٌ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمْ قُلْتَهُ بِرَأْيِكَ؟ قَالَ: «إِنِّي إِذًا لَقَادِرٌ عَلَى الْقَوْلِ، بَلْ شَيْءٌ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ».

Hishām bin ‘Ammār telah menceritakan kepada kami katanya: Ḥammād bin ‘Abd al-Rahman al-Kalbī telah menceritakan kepada kami katanya: Idrīs al-Audī telah menceritakan kepada kami, daripada Sa‘īd bin al-Musayyab dia berkata: Aku bersama Ibn ‘Umar menghadiri upacara pengurusan jenazah. Apabila dia meletakkan jenazah ke dalam lahad, dia berkata: “Dengan nama Allah, pada jalan Allah dan ke atas ajaran pesuruh Allah”. Apabila dia meratakan ketulan tanah ke atas lahad, dia berkata: “Ya Allah, selamatkanlah dia daripada syaitan dan azab kubur. Ya Allah, lapangkanlah bumi daripada dua lambungnya, angkatlah rohnya dan kurniakanlah kepadanya keredaan”. Aku berkata: Wahai Ibn ‘Umar, adakah ada sesuatu yang kamu dengar daripada Rasulullah SAW atau kamu katakan berdasarkan pandangan kamu? Dia menjawab: “Aku boleh katakan apa sahaja, bahkan ini adalah sesuatu yang aku dengarkan daripada Rasulullah SAW”.

Ibn Mājah meriwayatkan dalam sunannya, al-Ṭabrānī dalam Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Baihaqī dalam Sunan al-Kubrā dan al-Shajarī dalam al-Amālī melalui jalan Hishām bin ‘Ammār daripada Ḥammād bin ‘Abd al-Raḥman al-Kalbī Abū ‘Abd al-Raḥman daripada Idrīs al-Audī daripada Sa‘īd bin al-Musayyab.


Pada sanad ini terdapat:
1. Ḥammad bin ‘Abd al-Raḥman al-Kalbī Abū ‘Abd al-Raḥman al-Shāmī: Menurut Abū Zur‘ah, beliau banyak meriwayatkan hadith-hadith munkar. Abū Ḥātim berkata, beliau merupakan shaikh majhūl, munkar al-ḥadīth, ḍa‘īf al-ḥadīth.
2. Idrīs al-Audī: Sebagaimana pada sanad Ibn Mājah dan al-Ṭabrānī. Dinyatakan pada sanad Ibn ‘Adī beliau sebenarnya adalah Idrīs bin Subaiḥ al-Audī.
Idrīs bin Yazīd al-Audī adalah thiqah melainkan Ibn Abū Ḥātim dan Ibn Ḥibbān membezakannya dengan individu lain bernama Idrīs bin Subaiḥ al-Audī. Ibn Abū Ḥātim berkata, Idrīs bin Subaiḥ al-Audī meriwayatkan daripada Sa‘īd bin al-Musayyab dan kemudian diriwayatkan daripadanya Ḥammād bin ‘Abd al-Raḥman al-Kalbī, aku mendengar bapaku menyatakan demikian dan aku bertanya mengenainya. Lantas beliau menyatakan beliau majhūl. Ibn Ḥibbān pula menyatakan Idrīs bin Subaiḥ al-Audī meriwayatkan daripada Sa‘īd bin al-Musayyab, Hishām bin ‘Ammār meriwayatkan daripada Ḥammād bin ‘Abd al-Raḥman daripadanya. Riwayatnya bersendirian dan terdapat kesilapan. Ibn Ḥajar menjelaskan, Idrīs bin Subaiḥ al-Audī adalah majhūl namun beliau dikenali sebagai Ibn Yazīd dan beliau ditarjihkan sebagai Ibn Yazīd dalam Tahdhīb al-Tahdhīb. Justeru, katanya pandangan paling tepat terhadap Idrīs al-Audī pada sanad ini adalah Idrīs bin Yazīd al-Audī.
Walau bagaimanapun, hadith tersebut adalah munkar sebagaimana pandangan Abū Ḥātim. Menurut al-Būṣirī, pada sanad ini terdapat Ḥammād bin ‘Abd al-Rahman yang disepakati kedaifannya. Namun Ibn Ḥajar berpandangan beliau majhūl dan Abū Ḥātim mengingkarinya.


Hadith ini daif kerana terdapat Ḥammad bin ‘Abd al-Raḥman yang disepakati lemah.

RUJUKAN

Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.

MAKLUMAN

Maklumat ini adalah hasil sumbangan penulis iaitu Saudari Nur Farha dan para dermawan seperti Saudari Nad dan lain-lain, melalui Tabung Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.