Apabila di hari akhirat, ada suara yang akan menyeru di balik hijab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة نادى مناد من وراء الحجاب: يا أهل الجمع! غضوا أبصاركم عن فاطمة بنت محمد صلى الله عليه وسلم حتى تمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila di hari akhirat, ada suara yang akan menyeru di balik hijab: Wahai orang yang sedang berkumpul, tundukkan pandangan dari Fatimah binti Muhammad SAW sehingga dia melintas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1815, hadis nombor 9150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا كان يوم القيامة نادى مناد من وراء الحجاب: يا أهل الجمع! غضوا أبصاركم عن فاطمة بنتِ محمد ﷺ حتى تمر. روي من حديث علي، وأبي هريرة، وأبي أيوب الأنصاري، وعائشة – رضي الله عنهم. [طب، ابن الأعرابي، تمام، أبو الحسين البوشنجي في ((المنظوم والمنثور))، الدينوري القطيعي في ((الألف دينار))، ابن منده، ك، ((الضعيفة)) (2688)]

(Palsu) Daripada Ali berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila di hari akhirat, ada suara yang akan menyeru di balik hijab: Wahai orang yang sedang berkumpul, tundukkan pandangan dari Fatimah binti Muhammad SAW sehingga dia melintas. Diriwayatkan dari hadis Ali, Abu Hurairah, Abu Ayyub al-Ansari dan ‘Aishah RA. [Riwayat al-Tabarani dalam ((al-Mu’jam al-Kabir)), Ibn al-‘Arabi, Tamam, Abu al-Husin al-Busyanji dalam ((al-Manzum wal Manthur)), al-Dinawari al-Qathi’ii dalam ((al-Alf Dinar)), Ibn Mandah, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2688]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.