TEKS BAHASA ARAB
إذا كان يوم القيامة نصب لإبراهيم منبر أمام العرش ونصب لي منبر أمام العرش ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه وينادي مناد : يا لك من صديق بين خليل وحبيب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila datangnya hari kiamat, diletakkan untuk Nabi Ibrahim satu minbar di hadapan Arasy, diletakkan untukku satu minbar di hadapan Arasy, diberikan untuk Abu Bakar satu kerusi lalu dia duduk di atasnya dan diseru oleh penyeru: Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1713, hadis nombor 8614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن معاذ بن جبل مرفوعاً: (إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب!).
[خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6925)]
(Palsu)
Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Rasulullah SAW): “Apabila datangnya hari kiamat, diletakkan untuk Nabi Ibrahim satu minbar di hadapan Arasy, diletakkan untukku satu minbar di hadapan Arasy, diberikan untuk Abu Bakar satu kerusi lalu dia duduk di atasnya dan diseru oleh penyeru: Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih.”
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6925]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.