Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila datangnya hari kiamat, diletakkan untuk Nabi Ibrahim satu minbar di hadapan Arasy

Teks Bahasa Arab

إذا كانَ يومُ القيامةِ نُصِبَ لإبراهيمَ منبرٌ أمامَ العرشِ ونُصِبَ لي منبرٌ أمامَ العرشِ ونُصِبَ لأبي بكرٍ كُرْسِيٌّ فيجلسُ عليهِ ويُنادِي منادٍ : يا لكَ من صِدِّيقٍ بينَ خليلٍ وحبيبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila datangnya hari kiamat, diletakkan untuk Nabi Ibrahim satu minbar di hadapan Arasy, diletakkan untukku satu minbar di hadapan Arasy, diberikan untuk Abu Bakar satu kerusi lalu dia duduk di atasnya dan diseru oleh penyeru: Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1713, hadis no. 8614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل مرفوعاً: (إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب!). [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6925)]

(Palsu) Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu' (disandarkan kepada Rasulullah SAW): “Apabila datangnya hari kiamat, diletakkan untuk Nabi Ibrahim satu minbar di hadapan Arasy, diletakkan untukku satu minbar di hadapan Arasy, diberikan untuk Abu Bakar satu kerusi lalu dia duduk di atasnya dan diseru oleh penyeru: Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih.” [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6925]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.