Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنكم قادمون على إخوانكم، فأحسنوا لباسكم، وأصلحوا رحالكم، حتى تكونوا كأنكم شامة في الناس، إن الله لا يحب الفحش والتفحش.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kamu apabila datang kepada saudaramu, maka perelokkan pakaian kamu dan perbaikilah tunggangan kamu sehingga kamu menjadi seakan-akan yang paling menarik dalam kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada kejelekan dan menzahirkan kejelekan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1616, hadis no. 8153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Qais bin Bishr al-Taghalbi berkata: Dahulu ayahku kawan kepada Abi al-Darda’ RA di Damsyik. Disana terdapat seorang lelaki daripada kalangan sahabat Nabi SAW daripada golongan Ansar dikenali sebagai Ibn al-Hanzholiyyah. Dia merupakan seorang yang hidup bersendirian. Dia hanya duduk bersama manusia ketika solat dan apabila dia pergi, perkara yang dilakukan hanyalah bertakbir, bertasbih dan bertahlil sehingga dia berjumpa ahli keluarganya. Satu hari dia berjalan di hadapan kami, dan kami bersama Abi al-Darda’. Dia memberi salam. Maka Abu al-Darda’ berkata: "Perkataan yang memberi manfaat kepada kami dan tidak memudaratkan kamu." Dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kamu apabila datang kepada saudaramu, maka perelokkan pakaian kamu dan perbaikilah tunggangan kamu sehingga kamu menjadi seakan-akan yang paling menarik dalam kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada kejelekan dan perbuatan menzahirkan kejelekan." [Riwayat Abi Dawud dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn al-Mubarak, Ibn Abi Shaibah dalma Musannafnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2082].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman