TEKS BAHASA ARAB
إذا عاد أحدكم مريضا، فلا يأكل عنده شيئا، فإنه حظه من عيادته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila daripada kalangan kalian pulang daripada menziarahi orang sakit, maka janganlah makan sesuatu di sisinya, kerana barangsiapa memakan sesuatu di sisinya, bermaksud makanan itu merupakan bahagian pahala daripada hasil kunjungannya itu.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis nombor 5930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا عاد أحدكم مريضا، فلا يأكل عنده شيئا، فإنه حظه من عيادته)). [فر، ((الضعيفة)) (2288)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila daripada kalangan kalian pulang daripada menziarahi orang sakit, maka janganlah makan sesuatu di sisinya, kerana barangsiapa memakan sesuatu di sisinya, bermaksud makanan itu merupakan bahagian pahala daripada hasil kunjungannya itu.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 2288]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.