Apabila dalam kalangan kalian ditimpa penyakit (iaitu demam)

TEKS BAHASA ARAB

إذا أصابت أحدكم الحمى، فإن الحمى قطعة من النار، فليطفئها عنه بالماء، فليستنقع نهرا جاريا ليستقبل جرية الماء، فيقول: بسم الله، اللهم اشف عبدك، وصدق رسولك؛ بعد صلاة الصبح قبل طلوع الشمس، فليغتمس فيه ثلاث غمسات ثلاثة أيام، فإن لم يبرأ في ثلاث فخمس، وإن لم يبرأ في خمس فسبع، فإن لم يبرأ في سبع فتسع، فإنها لا تكاد أن تجاوز تسعا بإذن الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila dalam kalangan kalian ditimpa penyakit (iaitu demam), kerana sesungguhnya demam itu adalah potongan ataupun cebisan daripada api neraka, dan hendaklah kalian legakannya (rawatnya) dengan menggunakan air, sepertimana air sungai yang mengalir, maka katanya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sembuhkanlah hamba engkau ini, dan benarlah kata Rasul-Nya, selepas solat subuh sebelum matahari terbit, maka hendaklah kalian mencelupkannya dengan air sebanyak tiga kali celupan selama tiga hari, jika tidak memberikan kesannya, maka hendaklah dengan lima kali celupan, dan jika tidak memberikan kesannya juga, maka hendaklah dengan tujuh kali celupan, dan jika tidak memberikan kessannya pada tujuh kali celupan, maka hendaklah dengan sembilan celupan, dan jika sesungguhnya masih berlanjutan, maka cukuplah sehingga sembilan celupan dan tidak melampaui daripada itu, dan dengan izin Allah yang kesembilan itu akan sembuh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis nombor 5929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثوبان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أصابت أحدكم الحمى، فإن الحمى قطعة من النار، فليطفئها عنه بالماء، فليستنقع نهرا جاريا ليستقبل جرية الماء، فيقول: بسم الله، اللهم اشف عبدك، وصدق رسولك؛ بعد صلاة الصبح قبل طلوع الشمس، فليغتمس فيه ثلاث غمسات ثلاثة أيام، فإن لم يبرأ في ثلاث فخمس، وإن لم يبرأ في خمس فسبع، فإن لم يبرأ في سبع فتسع، فإنها لا تكاد أن تجاوز تسعا بإذن الله)). [ت، حم، طب، ابن السني، ((الضعيفة)) (2339)]

(Lemah)
Hadis ini telah diriwayatkan daripada Thauban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila dalam kalangan kalian ditimpa penyakit (iaitu demam), kerana sesungguhnya demam itu adalah potongan ataupun cebisan daripada api neraka, dan hendaklah kalian legakannya (rawatnya) dengan menggunakan air, sepertimana air sungai yang mengalir, maka katanya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sembuhkanlah hamba engkau ini, dan benarlah kata Rasul-Nya, selepas solat subuh sebelum matahari terbit, maka hendaklah kalian mencelupkannya dengan air sebanyak tiga kali celupan selama tiga hari, jika tidak memberikan kesannya, maka hendaklah dengan lima kali celupan, dan jika tidak memberikan kesannya juga, maka hendaklah dengan tujuh kali celupan, dan jika tidak memberikan kessannya pada tujuh kali celupan, maka hendaklah dengan sembilan celupan, dan jika sesungguhnya masih berlanjutan, maka cukuplah sehingga sembilan celupan dan tidak melampaui daripada itu, dan dengan izin Allah yang kesembilan itu akan sembuh”.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 2339]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs