Apabila cahaya memasuki jantung hati maka ia akan terbuka dan lapang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‏إذا دخل النور القلب انفسح وانشرح. قالوا: ‏فهل لذلك إمارة يعرف بها؟ ‏قال: الإنابة إلى دار الخلود، والتنحي ‏عن دار الغرور، والاستعداد للموت قبل الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila cahaya memasuki jantung hati maka ia akan terbuka dan lapang.” Mereka bertanya: Adakah perkara itu terdapat tandanya agar ia boleh diketahui? Baginda bersabda: “Kebergantungan terhadap kehidupan yang kekal abadi, menjauhi kehidupan yang penuh dengan tipu daya serta persediaan menghadapi kematian sebelum ia tiba.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis nombor 9866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف) «‏إذا دخل النور القلب انفسح وانشرح». قالوا: ‏فهل لذلك إمارة يعرف بها؟ ‏قال: «الإنابة إلى دار الخلود، والتنحي ‏عن دار الغرور، والاستعداد للموت قبل الموت». ‏روي من حديث عبدالله بن مسعود، وعبد الله بن عباس -رضي الله عنهم-، ومن مرسل الحسن البصري، وأبي جعفر المدائني.
[‏ابن جرير، ك، ‏ابن أبي حاتم، «الضعيفة» (965)].

(Lemah)
“Apabila cahaya memasuki jantung hati maka ia akan terbuka dan lapang.” Mereka bertanya: Adakah perkara itu terdapat tandanya agar ia boleh diketahui? Baginda bersabda: “Kebergantungan terhadap kehidupan yang kekal abadi, menjauhi kehidupan yang penuh dengan tipu daya serta persediaan menghadapi kematian sebelum ia tiba.” Diriwayatkan daripada hadith ‘Abdullah bin Mas‘ud, ‘Abdullah bin ‘Abbas RAnhum dan juga daripada mursal al-Hasan al-Basri dan Abu Ja‘far al-Mada’ini.
[Riwayat Ibn Jarir, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Abu Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 965].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.