Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila cahaya memasuki jantung hati maka ia akan terbuka dan lapang

Teks Bahasa Arab

إذا دخلَ النُّورُ القَلبَ انفسحَ وانشرَحَ. قالوا: فَهَل لذلِكَ أَمارةٌ يُعرَفُ بِها؟ قالَ: الإنابةُ إلى دارِ الخلودِ، والتنحِّي عَن دارِ الغرورِ، والاستِعدادُ للموتِ قبلَ الموتِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila cahaya memasuki jantung hati maka ia akan terbuka dan lapang.” Mereka bertanya: Adakah perkara itu terdapat tandanya agar ia boleh diketahui? Baginda bersabda: “Kebergantungan terhadap kehidupan yang kekal abadi, menjauhi kehidupan yang penuh dengan tipu daya serta persediaan menghadapi kematian sebelum ia tiba.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Abdullah bin Mas‘ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis no. 9866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف) «‏إذا دخل النور القلب انفسح وانشرح». قالوا: ‏فهل لذلك إمارة يعرف بها؟ ‏قال: «الإنابة إلى دار الخلود، والتنحي ‏عن دار الغرور، والاستعداد للموت قبل الموت». ‏روي من حديث عبدالله بن مسعود، وعبد الله بن عباس -رضي الله عنهم-، ومن مرسل الحسن البصري، وأبي جعفر المدائني. [‏ابن جرير، ك، ‏ابن أبي حاتم، «الضعيفة» (965)].

(Lemah) “Apabila cahaya memasuki jantung hati maka ia akan terbuka dan lapang.” Mereka bertanya: Adakah perkara itu terdapat tandanya agar ia boleh diketahui? Baginda bersabda: “Kebergantungan terhadap kehidupan yang kekal abadi, menjauhi kehidupan yang penuh dengan tipu daya serta persediaan menghadapi kematian sebelum ia tiba.” Diriwayatkan daripada hadith ‘Abdullah bin Mas‘ud, ‘Abdullah bin ‘Abbas RAnhum dan juga daripada mursal al-Hasan al-Basri dan Abu Ja‘far al-Mada’ini. [Riwayat Ibn Jarir, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Abu Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 965].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.