Apabila bulan Ramadan tiba, Rasulullah SAW akan menukar warna pakaian baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رمضان؛ تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila bulan Ramadan tiba, Rasulullah SAW akan menukar warna pakaian baginda, memperbanyakkan solat, bersungguh-sungguh dalam berdoa, dan baginda takut kepadanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2068, hadis nombor 10390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رمضان؛ تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق منه.
[هب، ((الضعيفة)) (6636)]

(Munkar)
Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Apabila bulan Ramadan tiba, Rasulullah SAW akan menukar warna pakaian baginda, memperbanyakkan solat, bersungguh-sungguh dalam berdoa, dan baginda takut kepadanya.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6636]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.