Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ إذَا دَخَلَ رَمَضَانُ؛ تغيَّر لَوْنُه، وكَثُرتْ صَلَاتُه، وابْتَهَلَ في الدُّعاءِ، وأشفقَ منه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila bulan Ramadan tiba, Rasulullah SAW akan menukar warna pakaian baginda, memperbanyakkan solat, bersungguh-sungguh dalam berdoa, dan baginda takut kepadanya..
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2068, hadis no. 10390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رمضان؛ تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق منه. [هب، ((الضعيفة)) (6636)]
(Munkar) Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Apabila bulan Ramadan tiba, Rasulullah SAW akan menukar warna pakaian baginda, memperbanyakkan solat, bersungguh-sungguh dalam berdoa, dan baginda takut kepadanya. [Riwayat al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6636]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman