Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila binatang jinak menjadi liar dan enggan dikawal, maka ia dihalalkan dengan (sembelihan) yang menghalalkan binatang liar

Teks Bahasa Arab

إِذَا اسْتَوْحَشَتِ الْإِنْسِيَّةُ وَتَمَنَّعَتْ؛ فَإِنَّهُ يُحِلُّهَا مَا يُحِلُّ الْوَحْشِيَّةَ، ارْجِعُوا إِلَى بَقَرَتِكُمْ وَكُلُوهَا.

Teks Bahasa Melayu

Apabila binatang jinak menjadi liar dan enggan dikawal, maka ia dihalalkan dengan (sembelihan) yang menghalalkan binatang liar. Kembalilah kalian kepada lembu kalian dan makanlah ia.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 396, hadis no. 2114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الرحمن ومحمد ابني جابر عن أبيهما - رضي الله عنه - أنه قال: مرت علينا بقرة ممتنعة نافرة، لا تمر على أحد إلا نطحته، وشدت عليه، فخرجنا عليه نكدها، حتى بلغنا الصماء، ومعنا غلام قبطي لبني حرام، ومعه مشتمل فشدت عليه لتنطحه، فضربها أسفل من المنحر، وفوق مرجع الكتف، فركبت ردعها، فلم يدرك لها ذكاة، قال جابر: فأخبرت رسول الله ﷺ شأنها، فقال: «إِذَا اسْتَوْحَشَتِ الْإِنْسِيَّةُ وَتَمَنَّعَتْ؛ فَإِنَّهُ يُحِلُّهَا مَا يُحِلُّ الْوَحْشِيَّةَ، ارْجِعُوا إِلَى بَقَرَتِكُمْ وَكُلُوهَا». فرجعنا إليها فاجتزرناها. [ع، هق، «الضعيفة» (2650)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdul Rahman dan Muhammad, dua anak lelaki Jabir, daripada bapa mereka RA, beliau berkata: Suatu ketika seekor lembu terlepas lari lalu melintasi kami, ia tidak melalui sesiapa pun melainkan ia menanduk dan menyerangnya. Lantas kami keluar mengekori lembu tersebut sehinggalah kami tiba di kawasan al-Samma’. Bersama kami ada seorang hamba lelaki berbangsa Qibti milik Bani Haram dan bersamanya ada (senjata) yang berbalut dengan pakaian. Lembu itu menyerangnya untuk menanduknya, maka dia menikamnya di bahagian bawah tenggorokan dan atas daripada bahagian bawah bahu. Lembu itu pun tersungkur mati, namun ia tidak sempat disembelih. Jabir berkata: Aku menceritakan kepada Rasulullah ﷺ tentang lembu itu, lalu baginda bersabda: "Apabila binatang jinak menjadi liar dan enggan dikawal, maka ia dihalalkan dengan (sembelihan) yang menghalalkan binatang liar. Kembalilah kalian kepada lembu kalian dan makanlah ia". Maka kami kembali kepada lembu kami lalu kami melapahnya. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2650].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.