Apabila Bilal hendak melaungkan iqamat untuk solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان بلال إذا أراد أن يقيم الصلاة، قال: السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، يرحمك الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Bilal hendak melaungkan iqamat untuk solat, beliau akan berkata: "Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Moga Allah merahmatimu".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis nombor 1858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: «كان بلالٌ إذا أراد أن يقيمَ الصلاةَ، قال: السلامُ عليك أيها النبيُّ ورحمةُ اللهِ وبركاتُه، يَرحمُكَ اللهُ». [طس، «الضعيفة» (891)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Apabila Bilal hendak melaungkan iqamat untuk solat, beliau akan berkata: "Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Moga Allah merahmatimu". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 891].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.