Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان بلالٌ إذا أراد أن يقيمَ الصلاةَ، قال: السلامُ عليك أيها النبيُّ ورحمةُ اللهِ وبركاتُه، يَرحمُكَ اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Bilal hendak melaungkan iqamat untuk solat, beliau akan berkata: "Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Moga Allah merahmatimu".
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis no. 1858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: «كان بلالٌ إذا أراد أن يقيمَ الصلاةَ، قال: السلامُ عليك أيها النبيُّ ورحمةُ اللهِ وبركاتُه، يَرحمُكَ اللهُ». [طس، «الضعيفة» (891)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Apabila Bilal hendak melaungkan iqamat untuk solat, beliau akan berkata: "Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Moga Allah merahmatimu". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 891].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman