Apabila bertaubat seorang hamba daripada dosa-dosanya, Allah akan menghilangkan ingatan para malaikat penjaga akan dosa-dosanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا تاب العبد من ذنوبه أنسى الله الحفظة ذنوبه، وأنسى ذلك جوارحه ومقامه ومعالمه من الأرض حتى يلقى الله يوم القيامة، وليس عليه شاهد من الله بذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila bertaubat seorang hamba daripada dosa-dosanya, Allah akan menghilangkan ingatan para malaikat penjaga akan dosa-dosanya, dan Dia (Allah) akan membuatkan anggota tubuhnya lupa akan dosa-dosa, kedudukannya dan petunjuk-petunjuk pada bumi, sehingga dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan tiada ke atasnya satu saksi pun kecuali Allah tentang satu dosa pun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis nombor 9981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا تاب العبد من ذنوبه أنسى الله الحفظة ذنوبه، وأنسى ذلك جوارحه ومقامه ومعالمه من الأرض حتى يلقى الله يوم القيامة، وليس عليه شاهد من الله بذنب)).
[الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، الأصبهاني، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2418، 5256)]

(Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila bertaubat seorang hamba daripada dosa-dosanya, Allah akan menghilangkan ingatan para malaikat penjaga akan dosa-dosanya, dan Dia (Allah) akan membuatkan anggota tubuhnya lupa akan dosa-dosa, kedudukannya dan petunjuk-petunjuk pada bumi, sehingga dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan tiada ke atasnya satu saksi pun kecuali Allah tentang satu dosa pun.
[Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, al-Asbahani, dan Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Dai’fah no.2418, 5256]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs