Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تابَ العبدُ مِن ذنوبِهِ أَنسى اللَّهُ الحفَظَةَ ذنوبَهُ وأَنسى ذلِكَ جَوارحَهُ ومُقامَهُ منَ الأرضِ حتَّى يَلقَى اللَّهَ يومَ القيامةِ، وليس علَيهِ شاهدٌ منَ اللَّهِ بِذَنبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila bertaubat seorang hamba daripada dosa-dosanya, Allah akan menghilangkan ingatan para malaikat penjaga akan dosa-dosanya, dan Dia (Allah) akan membuatkan anggota tubuhnya lupa akan dosa-dosa, kedudukannya dan petunjuk-petunjuk pada bumi, sehingga dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan tiada ke atasnya satu saksi pun kecuali Allah tentang satu dosa pun.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis no. 9981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا تاب العبد من ذنوبه أنسى الله الحفظة ذنوبه، وأنسى ذلك جوارحه ومقامه ومعالمه من الأرض حتى يلقى الله يوم القيامة، وليس عليه شاهد من الله بذنب)). [الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، الأصبهاني، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2418، 5256)]
(Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila bertaubat seorang hamba daripada dosa-dosanya, Allah akan menghilangkan ingatan para malaikat penjaga akan dosa-dosanya, dan Dia (Allah) akan membuatkan anggota tubuhnya lupa akan dosa-dosa, kedudukannya dan petunjuk-petunjuk pada bumi, sehingga dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan tiada ke atasnya satu saksi pun kecuali Allah tentang satu dosa pun. [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, al-Asbahani, dan Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Dai’fah no.2418, 5256]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman