TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نادى الجليل رضوان خازن الجنان فيقول: لبيك وسعديك وفيه: أمره بفتح الجنة وأمر مالك بتغليق النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Apabila bermula malam pertama dari bulan Ramadhan, maka Allah akan menyeru kepada Ridwan penjaga syurga, lalu dia berkata: Terimalah kedatangan, dan berbahagialah. Dan terdapat padanya: Allah SWT memerintah untuk dibuka pintu syurga dan memerintah Malik untuk menutup pintu neraka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 87-88, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفيه: طول وهو موضوع وفي إسناده: أصرم بن حوشب كذاب.
Padanya hadith yang panjang, dan ia adalah palsu, di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Asram bin Husyab dan dia adalah pembohong.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.