Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila bermula malam pertama dari bulan Ramadhan

Teks Bahasa Arab

حديث: إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نادى الجليل رضوان خازن الجنان فيقول: لبيك وسعديك وفيه: أمره بفتح الجنة وأمر مالك بتغليق النار.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila bermula malam pertama dari bulan Ramadhan, maka Allah akan menyeru kepada Ridwan penjaga syurga, lalu dia berkata: Terimalah kedatangan, dan berbahagialah. Dan terdapat padanya: Allah SWT memerintah untuk dibuka pintu syurga dan memerintah Malik untuk menutup pintu neraka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 87-88, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفيه: طول وهو موضوع وفي إسناده: أصرم بن حوشب كذاب.

Padanya hadith yang panjang, dan ia adalah palsu, di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Asram bin Husyab dan dia adalah pembohong.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.