Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة انقطعت الأرحام، وضلت الأسباب، وذهبت الأخوة إلا الأخوة في الله، وذلك قوله : الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين. [الزخرف / 67].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab, serta persaudaraan akan hilang melainkan persaudaraan kerana Allah SWT. Demikianlah firman Allah SWT: Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain melainkan orang-orang yang bertakwa. [al-Zukhrūf: 67].
Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3266.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis nombor 189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سويد بن علقمة بن سعد بن معاذ – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إذا كان يوم القيامة انقطعت الأرحام، وضلت الأسباب، وذهبت الأخوة إلا الأخوة في الله، وذلك قوله: (الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين) [الزخرف / 67])).
[أبو نعيم في ((اخبار الأصبهان))، ((الضعيفة)) (3266)]

(Palsu) Daripada Suwaid ibn ‘Alqamah ibn Sa’d ibn Mu‘adh RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab, serta persaudaraan akan hilang melainkan persaudaraan kerana Allah SWT. Demikianlah firman Allah SWT: Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain melainkan orang-orang yang bertakwa. [al-Zukhrūf: 67].
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3266]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.