Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كان يومُ القيامةِ انقطعتْ الأرحامُ، وضلَّّّتِ الأسبابُ، وذهبَتِ الأخوةُ إلا الأخوةُ في اللهِ، وذلك قوله: { الأَخِلاَّء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ } [ الزخرف / 67 ].
Teks Bahasa Melayu
Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab, serta persaudaraan akan hilang melainkan persaudaraan kerana Allah SWT. Demikianlah firman Allah SWT: Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain melainkan orang-orang yang bertakwa. [al-Zukhrūf: 67]. Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3266.
Sahabat Perawi
- Suwaid bin ‘Alqamah bin Sa’d bin Mu‘adh RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis no. 189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سويد بن علقمة بن سعد بن معاذ - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إذا كان يوم القيامة انقطعت الأرحام، وضلت الأسباب، وذهبت الأخوة إلا الأخوة في الله، وذلك قوله: (الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين) [الزخرف / 67])). [أبو نعيم في ((اخبار الأصبهان))، ((الضعيفة)) (3266)]
(Palsu) Daripada Suwaid ibn ‘Alqamah ibn Sa’d ibn Mu‘adh RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan terputuslah hubungan kekeluargaan dan akan hilang sebab-sebab, serta persaudaraan akan hilang melainkan persaudaraan kerana Allah SWT. Demikianlah firman Allah SWT: Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain melainkan orang-orang yang bertakwa. [al-Zukhrūf: 67]. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3266]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman