Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan ada penyeru yang menyeru dari perut bumi

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ ينادي مناد من بطنان العرش: ليقم من أعظم الله أجره، فلا يقوم إلا من عفا عن ذنب أخيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan ada penyeru yang menyeru dari perut bumi, untuk membangkitkan golongan yang Allah SWT besarkan pahala mereka. Maka tidak akan bangkit kecuali mereka yang memaafkan dosa saudaranya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis nombor 149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنه – عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((إذا كان يوم القيامة؛ ينادي مناد من بطنان العرش: ليقم من أعظم الله أجره، فلا يقوم إلا من عفا عن ذنب أخيه)).
[خط، ((الضعيفة)) (2583)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila berlakunya Hari Kiamat, akan ada penyeru yang menyeru dari perut bumi, untuk membangkitkan golongan yang Allah SWT besarkan pahala mereka. Maka tidak akan bangkit kecuali mereka yang memaafkan dosa saudaranya.
[Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2583]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs