Apabila berlakunya fitnah (bencana), maka keamanan berada di Syam

TEKS BAHASA ARAB

رأيت في المنام: أنهم أخذوا عمود الكتاب، فعمدوا به إلى الشام، فإذا وقعت الفتنة؛ فالأمن بالشام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah melihat dalam mimpi bahawa mereka mengambil lajuran (tiang) Kitab lalu mereka membentangkannya hingga ke Syam. Oleh itu, apabila berlakunya fitnah (bencana), maka keamanan berada di Syam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1394, hadis nombor 7075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ: (الأمن))
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: رأيت في المنام: أنهم أخذوا عمود الكتاب، فعمدوا به إلى الشام، فإذا وقعت الفتنة؛ فالأمن بالشام.
[طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6776)]

(Munkar dengan lafaz: Keamanan)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Aku telah melihat dalam mimpi bahawa mereka mengambil lajuran (tiang) Kitab lalu mereka membentangkannya hingga ke Syam. Oleh itu, apabila berlakunya fitnah (bencana), maka keamanan berada di Syam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6776]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs