Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ: أَنَّهُمْ أَخَذُوا عَمُودَ الْكِتَابِ، فَعَمَدُوا بِهِ إِلَى الشَّامِ، فَإِذَا وَقَعَتِ الْفِتْنَةُ، فَالْأَمْنُ بِالشَّامِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah melihat dalam mimpi bahawa mereka mengambil lajuran (tiang) Kitab lalu mereka membentangkannya hingga ke Syam. Oleh itu, apabila berlakunya fitnah (bencana), maka keamanan berada di Syam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1394, hadis no. 7075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz: Keamanan) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Aku telah melihat dalam mimpi bahawa mereka mengambil lajuran (tiang) Kitab lalu mereka membentangkannya hingga ke Syam. Oleh itu, apabila berlakunya fitnah (bencana), maka keamanan berada di Syam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6776]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman