Apabila berlaku pekikan pada bulan Ramadan, akan berlaku huru-hara pada bulan Syawal

TEKS BAHASA ARAB

إذا كانت صيحة في رمضان؛ فإنه يكون معمعة في شوال، وتمييز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدماء في ذي الحجة. والمحرم وما المحرم؟ (يقولها ثلاثا)، هيهات هيهات، يقتل الناس فيها هرجا هرجا. قلنا: وما الصيحة يا رسول الله؟ قال: هدة في النصف من رمضان ليلة جمعة؛ فتكون هدة توقظ النائم، وتقعد القائم، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة، في سنة كثيرة الزلازل. فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة؛ فادخلوا بيوتكم، واغلقوا أبوابكم، وسدوا كواكم، ودثروا أنفسكم، وسدوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا، وقولوا: سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس؛ فإنه من فعل ذلك؛ نجا، ومن لم يفعل ذلك؛ هلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berlaku pekikan pada bulan Ramadan, akan berlaku huru-hara pada bulan Syawal, kabilah-kabilah berpecah pada bulan Zulkaedah, pertumpahan darah akan berlaku pada bulan Zulhijjah. Muharram dan apa pula al-Muharram? (Baginda menyebutkannya sebanyak 3 kali). Jauh sekali. Manusia akan huru hara ketika itu. Kami bertanya: Apakah pekikan itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ini akan berlaku pada pertengahan Ramadan malam Jumaat; ia akan mengejutkan orang yang tidur, mendudukkan orang yang bangun, mengeluarkan para hamba daripada tempat-tempat mereka pada malam Jumaat, pada tahun yang banyak berlaku gempa. Apabila kamu solat Subuh pada hari Jumaat, maka masuklah ke dalam rumah kamu dan tutuplah pintu-pintu kamu, selimutilah diri kamu, tutuplah telinga kamu. Jika kamu terdengar pekikan itu, maka sujudlah kepada Allah dan ucapkanlah: Maha Suci Allah Yang Maha suci, Maha Suci Tuhan kami yang Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci, sesiapa yang melakukan sedemikian, dia selamat dan sesiapa yang tidak melakukannya dia binasa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1373 – 1374, hadis nombor 6998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن مسعود رضي الله عنه، عن النبي ﷺ قال: إذا كانت صيحة في رمضان؛ فإنه يكون معمعة في شوال، وتمييز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدماء في ذي الحجة. والمحرم وما المحرم؟ (يقولها ثلاثا)، هيهات هيهات، يقتل الناس فيها هرجا هرجا. قلنا: وما الصيحة يا رسول الله؟ قال: هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة؛ فتكون هذه توقظ النائم، وتقعد القائم، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة، في سنة كثيرة الزلازل. فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة؛ فادخلوا بيوتكم، واغلقوا أبوابكم، وسدوا كواكم، ودثروا أنفسكم، وسدوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا، وقولوا: سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس؛ فإنه من فعل ذلك؛ نجا، ومن لم يفعل ذلك؛ هلك.
[نعيم بن حماد في كتابه ((الفتن))، ((الضعيفة)) (6471)]

(Palsu)
Daripada Ibn Mas’ud RA daripada Nabi SAW: Apabila berlaku pekikan pada bulan Ramadan, akan berlaku huru-hara pada bulan Syawal, kabilah-kabilah berpecah pada bulan Zulkaedah, pertumpahan darah akan berlaku pada bulan Zulhijjah. Muharram dan apa pula al-Muharram? (Baginda menyebutkannya sebanyak 3 kali). Jauh sekali. Manusia akan huru hara ketika itu. Kami bertanya: Apakah pekikan itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ini akan berlaku pada pertengahan Ramadan malam Jumaat; ia akan mengejutkan orang yang tidur, mendudukkan orang yang bangun, mengeluarkan para hamba daripada tempat-tempat mereka pada malam Jumaat, pada tahun yang banyak berlaku gempa. Apabila kamu solat Subuh pada hari Jumaat, maka masuklah ke dalam rumah kamu dan tutuplah pintu-pintu kamu, selimutilah diri kamu, tutuplah telinga kamu. Jika kamu terdengar pekikan itu, maka sujudlah kepada Allah dan ucapkanlah: Maha Suci Allah Yang Maha suci, Maha Suci Tuhan kami yang Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci, sesiapa yang melakukan sedemikian, dia selamat dan sesiapa yang tidak melakukannya dia binasa.
[Riwayat Nu’aim bin Hammad dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6471]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs