Apabila berlaku hari kiamat, pelaung daripada sisi Allah akan keluar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ خرج صائح من عند الله، فنادى بأعلى صوته: يا أمة محمد! إن الله قد عفا لكم عن حقه قبلكم، فتعافوا فيما بينكم، وادخلوا الجنة بسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berlaku hari kiamat, pelaung daripada sisi Allah akan keluar, lalu dia menyeru dengan suaranya yang paling tinggi: Wahai umat Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mengampunkan untuk kalian daripada hak-Nya ke atas kalian, maka saling bermaafanlah dalam kalangan kalian dan kalian masuklah syurga dengan aman

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 500, hadis nombor 2676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان –رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إذا كان يوم القيامة؛ خرج صائح من عند الله، فنادى بأعلى صوته: يا أمة محمد! إن الله قد عفا لكم عن حقه قبلكم، فتعافوا فيما بينكم، وادخلوا الجنة بسلام)). [ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (5465)].

(Lemah)
Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila berlaku hari kiamat, pelaung daripada sisi Allah akan keluar, lalu dia menyeru dengan suaranya yang paling tinggi: Wahai umat Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mengampunkan untuk kalian daripada hak-Nya ke atas kalian, maka saling bermaafanlah dalam kalangan kalian dan kalian masuklah syurga dengan aman
[Riwayat Ibn Abi Khaithamah dalam kitab al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5465].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.