Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذا اجْتَمَعَ العالِمُ وَالعابِدُ على الصِّرَاطِ قِيلَ لِلْعابِدِ: ادْخُلِ الجَنَّةَ وَتَنَعَّمْ بِعِبادَتِكَ وَقِيلَ لِلْعالِمِ قِفْ هُنَا فاشْفَعْ لِمَنْ أحْبَبْتَ فإِنَّكَ لَا تَشْفَعُ لأحَدٍ إلاَّ شُفِّعْتَ فَقَامَ مقَامَ الأنْبِياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila berkumpulnya orang alim dan ahli ibadah di atas titian sirat, dikatakan kepada ahli ibadah: "Masuklah ke dalam syurga dan kecapilah nikmat disebabkan ibadah kamu". Dan dikatakan kepada orang alim: "Berdirilah disini, mintalah syafaat kepada orang yang engkau cintai kerana sesungguhnya engkau tidak meminta syafaat kepada sesiapapun melainkan engkau akan diberikan izin untuk syafaat". Lalu dia pun berdiri di tempat para Nabi.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 10, hadis no. 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
]: Hadith ini jelas dusta dan sanadnya batil
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman