Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka kemukakanlah hajat-hajat kalian kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إذا فاءت الأفياء، وهبت الأرياح، فارفعوا إلى الله حوائجكم فإنها ساعة الأوابين، {إنه كان للأوابين غفورا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka kemukakanlah hajat-hajat kalian kepada Allah. Sesungguhnya ia merupakan waktu orang-orang Awwab (bertaubat); {Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat} [Surah al-Israk, ayat 25].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis nombor 7307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن أبي أوفى رضي الله عنه، عن النبي ﷺ قال: إذا فاءت الأفياء، وهبت الأرياح، فارفعوا إلى الله حوائجكم فإنها ساعة الأوابين، {إنه كان للأوابين غفورا}.
[حل، ((الضعيفة)) (2636)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abī Awfā RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka kemukakanlah hajat-hajat kalian kepada Allah. Sesungguhnya ia merupakan waktu orang-orang Awwab (bertaubat); {Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat} [Surah al-Israk, ayat 25].
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2636].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs