Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka kemukakanlah hajat-hajat kalian kepada Allah

Teks Bahasa Arab

إذا فاءت الأفياءُ، وهَبَّتِ الأرياحُ، فارْفَعُوا إلى اللهِ حَوائِجَكم فإنها ساعةُ الأوابينَ، {إِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا}.

Teks Bahasa Melayu

Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka kemukakanlah hajat-hajat kalian kepada Allah. Sesungguhnya ia merupakan waktu orang-orang Awwab (bertaubat); {Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat} [Surah al-Israk, ayat 25].

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abi Awfa RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis no. 7307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن أبي أوفى رضي الله عنه، عن النبي ﷺ قال: إذا فاءت الأفياء، وهبت الأرياح، فارفعوا إلى الله حوائجكم فإنها ساعة الأوابين، {إنه كان للأوابين غفورا}. [حل، ((الضعيفة)) (2636)].

(Lemah) Daripada Ibn Abī Awfā RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka kemukakanlah hajat-hajat kalian kepada Allah. Sesungguhnya ia merupakan waktu orang-orang Awwab (bertaubat); {Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat} [Surah al-Israk, ayat 25]. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2636].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.