Apabila banyak dosa-dosamu, maka tuangkan air kepada air

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كثرت ذنوبك، فاسق الماء على الماء؛ تتناثر كما يتناثر الورق من الشجر في الريح العاصف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila banyak dosa-dosamu, maka tuangkan air kepada air; nescaya ia akan berterbangan sebagaimana berterbangan daun-daun dari pokok ketika angin yang kencang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis nombor 9910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا كثرت ذنوبك، فاسق الماء على الماء؛ تتناثر كما يتناثر الورق من الشجر في الريح العاصف)).
[خط، ((الضعيفة)) (1827)]

(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila banyak dosa-dosamu, maka tuangkan air kepada air; nescaya ia akan berterbangan sebagaimana berterbangan daun-daun dari pokok ketika angin yang kencang.
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1827]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.