Apabila Baginda teringat tentang Nabi Dawud, Baginda akan menceritakan mengenainya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان من دعاء داود يقول: اللهم إني أسألك حبك، وحب من يحبك، والعمل الذي يبلغني حبك، اللهم اجعل حبك أحب إلي من نفسي وأهلي، ومن الماء البارد، وكان إذا ذكر داود يحدث عنه قال: كان أعبد البشر


TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara doa Nabi Dawud berkata: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu dan amal yang menyampaikan cinta kepada-Mu. Ya Allah! Jadikan cinta kepada-Mu lebih aku cintai berbanding cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan daripada air yang dingin. Apabila Baginda teringat tentang Nabi Dawud, Baginda akan menceritakan mengenainya. Baginda berkata: “Dia merupakan manusia yang paling banyak beribadah.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1668-1669, hadis nombor 8419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu al-Darda' RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Sunan al-Tirmidhi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Asakir.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon