Apabila baginda selesai menunaikan solat, baginda akan menyapu dahi baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال: أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم والحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda selesai menunaikan solat, baginda akan menyapu dahi baginda dengan tangan kanan kemudian baginda mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkan daripadaku kebimbangan dan kesedihan".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 360, hadis nombor 1917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «كانَ إذا قضى صلاتَهُ مسحَ جَبهتَهُ بيدِهِ اليُمنَى ثمَّ قالَ: أشهَدُ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الرَّحمنُ الرَّحيمُ، اللَّهمَّ اذهب عنِّي الهَمَّ والحزَنَ». [ابن السني، ابن سمعون في «الأمالي»، «الضعيفة» (1058)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Apabila baginda selesai menunaikan solat, baginda akan menyapu dahi baginda dengan tangan kanan kemudian baginda mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkan daripadaku kebimbangan dan kesedihan". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yawm wa al-Laylah dan Ibn Sam‘un dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1058].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs