Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ إذا قضى صلاتَهُ مسحَ جَبهتَهُ بيدِهِ اليُمنَى ثمَّ قالَ: أشهَدُ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الرَّحمنُ الرَّحيمُ، اللَّهمَّ اذهب عنِّي الهَمَّ والحزَنَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila baginda selesai menunaikan solat, baginda akan menyapu dahi baginda dengan tangan kanan kemudian baginda mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkan daripadaku kebimbangan dan kesedihan".
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 360, hadis no. 1917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: «كانَ إذا قضى صلاتَهُ مسحَ جَبهتَهُ بيدِهِ اليُمنَى ثمَّ قالَ: أشهَدُ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الرَّحمنُ الرَّحيمُ، اللَّهمَّ اذهب عنِّي الهَمَّ والحزَنَ». [ابن السني، ابن سمعون في «الأمالي»، «الضعيفة» (1058)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Apabila baginda selesai menunaikan solat, baginda akan menyapu dahi baginda dengan tangan kanan kemudian baginda mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkan daripadaku kebimbangan dan kesedihan". [Diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yawm wa al-Laylah dan Ibn Sam‘un dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1058].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman