Apabila Baginda selesai menunaikan solat, Baginda akan menghadap kepada kami dengan wajah Baginda yang sama seperti bulan purnama

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا صلى أقبل علينا بوجهه كالقمر فيقول: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن والعجز والكسل والذل والصغار والفواحش ما ظهر منها وما بطن. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda selesai menunaikan solat, Baginda akan menghadap kepada kami dengan wajah Baginda yang sama seperti bulan purnama. Baginda akan membaca: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kehinaan dan kerendahan, daripada maksiat yang nyata dan yang tersembunyi. Kami mempelajari doa ini tanpa perlu Baginda ajarkan kerana kerapnya Baginda mengulangi doa ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089-1090, hadis nombor 5534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: كان إذا صلى أَقْبَلَ علينا بوجهِهِ كالقَمرِ فيقولُ: اللهمَّ إني أعوذُ بك من الهَمِّ والحَزَنِ والعَجْزِ والكَسَلِ والذُّلِّ والصَّغَارِ والفواحشِ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردد. [الطبراني في الدعاء، الضعيفة (6314)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Apabila Baginda selesai menunaikan solat, Baginda akan menghadap kepada kami dengan wajah Baginda yang sama seperti bulan purnama. Baginda akan membaca: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kehinaan dan kerendahan, daripada maksiat yang nyata dan yang tersembunyi. Kami mempelajari doa ini tanpa perlu Baginda ajarkan kerana kerapnya Baginda mengulangi doa ini. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du‘a`. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6314]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs