Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا صَلَّى أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ كَالْقَمَرِ فَيَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالذُّلِّ وَالصَّغَارِ وَالْفَوَاحِشِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ. فَتَعَلَّمْنَاهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُعَلِّمَنَاهُ مِنْ كَثْرَةِ مَا كَانَ يُرَدِّدُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda selesai menunaikan solat, Baginda akan menghadap kepada kami dengan wajah Baginda yang sama seperti bulan purnama. Baginda akan membaca: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kehinaan dan kerendahan, daripada maksiat yang nyata dan yang tersembunyi. Kami mempelajari doa ini tanpa perlu Baginda ajarkan kerana kerapnya Baginda mengulangi doa ini.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089-1090, hadis no. 5534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: كان إذا صلى أَقْبَلَ علينا بوجهِهِ كالقَمرِ فيقولُ: اللهمَّ إني أعوذُ بك من الهَمِّ والحَزَنِ والعَجْزِ والكَسَلِ والذُّلِّ والصَّغَارِ والفواحشِ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردد. [الطبراني في الدعاء، الضعيفة (6314)].
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Apabila Baginda selesai menunaikan solat, Baginda akan menghadap kepada kami dengan wajah Baginda yang sama seperti bulan purnama. Baginda akan membaca: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada kerunsingan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kehinaan dan kerendahan, daripada maksiat yang nyata dan yang tersembunyi. Kami mempelajari doa ini tanpa perlu Baginda ajarkan kerana kerapnya Baginda mengulangi doa ini. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du‘a`. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6314]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman