Apabila baginda selesai menjamu selera, baginda akan mengucapkan: Ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا فرغ من طعامه، قال: اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda selesai menjamu selera, baginda akan mengucapkan: Ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu. Engkau telah memberi makan dan minum. Engkau juga memberi kekenyangan dan menghilangkan dahaga. Maka segala puji hanya bagi-Mu tanpa kufur dan tanpa henti. Tidak juga memadai (sesuatu) tanpa-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis nombor 2185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من بني سليم كانت له صحبة: أن النبي ﷺ: «كان إذا فرغ من طعامه، قال: اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك». [حم، ابن عساكر، «الضعيفة» (4209)].

(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada Bani Sulaym yang merupakan seorang sahabat, bahawa Nabi ﷺ: Apabila baginda selesai menjamu selera, baginda akan mengucapkan: "Ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu. Engkau telah memberi makan dan minum. Engkau juga memberi kekenyangan dan menghilangkan dahaga. Maka segala puji hanya bagi-Mu tanpa kufur dan tanpa henti. Tidak juga memadai (sesuatu) tanpa-Mu". [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4209].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.