Apabila Baginda selesai mengkhatam al-Quran, Baginda akan memuji Allah dengan segala pujian dalam keadaan berdiri

TEKS BAHASA ARAB

أنه كان إذا ختم القرآن؛ حمد الله بمحامد وهو قائم، ثم يقول: الحمد لله رب العالمين، و{الحمد لله الذي خلق السماوات والأرض وجعل الظلمات والنور ۖ ثم الذين كفروا بِربهم يعدلون}، لا إله إلا الله، وكذب العادلون بالله و ضلوا ضلالا بعيدا، لا إله إلا الله، وكذب المشركون بالله من العرب والمجوس واليهود والنصارى والصابئين، ومن ادعى لله ولدا أو صاحبة أو ندا، أو شبها أو مثلا أو عدلا؛ فأنت ربنا أعظم من أن تتخذ شريكا فيما خلقت.. الحديث بطوله، وفي آخره: (ثم إذا افتتح القرآن؛ قال مثل هذا، ولكن ليس أحد يطيق ما كان نبي الله يطيق).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda selesai mengkhatam al-Quran, Baginda akan memuji Allah dengan segala pujian dalam keadaan berdiri. Kemudian Baginda membaca: {Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka}. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan orang-orang yang menyeleweng telah berdusta kepada Allah dan mereka sudah tersesat dengan kesesatan yang teramat jauh. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan orang-orang yang melakukan kesyirikan kepada Allah daripada kalangan orang Arab, Majusi, Yahudi, Nasrani, al-Sobien dan mereka yang mendakwa bahawa Allah memiliki anak atau isteri atau sekutu atau yang sama atau semisal atau serupa dengan-Nya. Sesungguhnya Engkau lebih Maha Agung daripada mengambil sekutu-sekutu yang Engkau ciptakan… -Hadis ini panjang dan diakhirnya- Dan apabila Baginda ingin memulakan bacaan al-Quran (daripada juz pertama): Baginda akan berdoa dengan doa yang sama, tetapi tiada sesiapa yang mampu melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 546, hadis nombor 2861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي جعفر، قال: كان علي بن حسين يذكر عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((أنه كان إذا ختم القرآن؛ حمد الله بمحامد وهو قائم، ثم يقول: الحمد لله رب العالمين، و {الحمد لله الذي خلق السماوات والأرض وجعل الظلمات والنور ۖ ثم الذين كفروا بربهم يعدلون}، لا إله إلا الله، وكذب العادلون بالله و ضلوا ضلالا بعيدا، لا إله إلا الله، وكذب المشركون بالله من العرب والمجوس واليهود والنصارى والصابئين، ومن ادعى لله ولدا أو صاحبة أو ندا، أو شبها أو مثلا أو عدلا؛ فأنت ربنا أعظم من أن تتخذ شريكا فيما خلقت…)) الحديث بطوله، وفي آخره: (ثم إذا افتتح القرآن؛ قال مثل هذا، ولكن ليس أحد يطيق ما كان نبي الله يطيق). [هب، ((الضعيفة))،(6135)]

(Palsu)
Daripada Abu Ja’far berkata: Sesungguhnya Ali bin Husain menceritakan tentang Nabi SAW: Apabila Baginda selesai mengkhatam al-Quran, Baginda akan memuji Allah dengan segala pujian dalam keadaan berdiri. Kemudian Baginda membaca: {Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka}. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan orang-orang yang menyeleweng telah berdusta kepada Allah dan mereka sudah tersesat dengan kesesatan yang teramat jauh. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan orang-orang yang melakukan kesyirikan kepada Allah daripada kalangan orang Arab, Majusi, Yahudi, Nasrani, al-Sobien dan mereka yang mendakwa bahawa Allah memiliki anak atau isteri atau sekutu atau yang sama atau semisal atau serupa dengan-Nya. Sesungguhnya Engkau lebih Maha Agung daripada mengambil sekutu-sekutu yang Engkau ciptakan… -Hadis ini panjang dan diakhirnya- Dan apabila Baginda ingin memulakan bacaan al-Quran (daripada juz pertama): Baginda akan berdoa dengan doa yang sama, tetapi tiada sesiapa yang mampu melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Allah.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6135]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs