Apabila Baginda SAW selesai menunaikan solat Isyak, Baginda akan menunaikan solat empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا صلى العشاء ركع أربع ركعات وأوتر بسجدة ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda SAW selesai menunaikan solat Isyak, Baginda akan menunaikan solat empat rakaat, dan menunaikan witir dengan satu sujud. Kemudian Baginda SAW akan tidur, sehinggalah Baginda bangkit mengerjakan solat malam pula.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis nombor 5432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنهما، قال: كان إذا صلى العشاء ركع أربع ركعات، وأوتر بسجدة ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل. [حم، الضعيفة (5061)]

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin al-Zubair ra, beliau berkata: Apabila Baginda SAW selesai mendirikan solat Isyak, Baginda akan menunaikan solat empat rakaat, dan menunaikan witir dengan satu sujud. Kemudian Baginda SAW akan tidur, sehinggalah Baginda bangkit mengerjakan solat malam pula. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5061)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs