Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا صلى العشاءَ ركعَ أربعَ ركعاتٍ وأوتر بسجدةٍ ثم نام حتى يصلي بعد صلاتِه بالليلِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda SAW selesai menunaikan solat Isyak, Baginda akan menunaikan solat empat rakaat, dan menunaikan witir dengan satu sujud. Kemudian Baginda SAW akan tidur, sehinggalah Baginda bangkit mengerjakan solat malam pula.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin al-Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis no. 5432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنهما، قال: كان إذا صلى العشاء ركع أربع ركعات، وأوتر بسجدة ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل. [حم، الضعيفة (5061)]
(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin al-Zubair ra, beliau berkata: Apabila Baginda SAW selesai mendirikan solat Isyak, Baginda akan menunaikan solat empat rakaat, dan menunaikan witir dengan satu sujud. Kemudian Baginda SAW akan tidur, sehinggalah Baginda bangkit mengerjakan solat malam pula. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5061)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman