Apabila Baginda SAW pulang daripada peperangan atau perjalanan, Baginda akan singgah ke masjid

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رجع من غزاة أو سفر أتى المسجد فصلى فيه ركعتين ثم ثنى بفاطمة رضي الله عنها ثم يأتي أزواجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda SAW pulang daripada peperangan atau perjalanan, Baginda akan singgah ke masjid lalu menunaikan solat sunat dua rakaat, kemudian diikuti ke rumah menemui Fatimah, kemudian Baginda menemui para isteri Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis nombor 5384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ثعلبة الخشني قال: كان إذا رجع من غزاة أو سفر أتى المسجد فصلى فيه ركعتين، ثم ثنى بفاطمة رضي الله عنها ثم يأتي أزواجه. [ك، الضعيفة (4244)]

[Lemah] Daripada Abu Tha‘labah al-Khushani RA, beliau berkata: Apabila Baginda SAW pulang daripada peperangan atau perjalanan, Baginda akan singgah ke masjid lalu menunaikan solat sunat dua rakaat, kemudian diikuti ke rumah menemui Fatimah, kemudian Baginda menemui para isteri Baginda. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4244]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs