Apabila baginda SAW pulang daripada peperangan atau perjalanan, baginda akan singgah ke masjid

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رجع من غزاة أو سفر أتى المسجد فصلى فيه ركعتين، ثم ثنى بفاطمة رضي الله عنها ثم يأتي أزواجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda SAW pulang daripada peperangan atau perjalanan, baginda akan singgah ke masjid lalu menunaikan solat sunat dua rakaat, kemudian diikuti ke rumah menemui Fatimah, kemudian baginda akan menemui para isteri baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ثعلبة الخشني -رضي الله عنه-، قال: ((كان ﷺ إذا رجع من غزاة أو سفر أتى المسجد فصلى فيه ركعتين، ثم ثنى بفاطمة -رضي الله عنها-، ثم يأتي أزواجه)). [ك، ((الضعيفة)) (٤٢٤٤)]

(Lemah) Daripada Abū Tha’labah al-Khushanī RA, beliau berkata: Apabila baginda SAW pulang daripada peperangan atau perjalanan, baginda akan singgah ke masjid lalu menunaikan solat sunat dua rakaat, kemudian diikuti ke rumah menemui Fatimah, kemudian baginda akan menemui para isteri baginda. [Riwayat al-Hākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4244]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs