TEKS BAHASA ARAB
كان صلى الله عليه وسلم إذا اتبع الجنازة أكثر الصمات وأكثر حديث نفسه وكانوا يرون أنه إنما يحدث نفسه بأمر الميت وما يرد عليه وما هو مسؤول عنه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Baginda SAW menghantar jenazah ke tanah perkuburan, Baginda banyak mendiamkan diri dan bermonolog sendiri. Para sahabat melihat Baginda bermonolog berkenaan keadaan si mati; tentang apa yang akan berlaku padanya, dan apa yang akan ditanya kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1052, hadis nombor 5377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي رواد، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا اتبع الجنازة أكثر الصمات، وأكثر حديث نفسه، وكانوا يرون أنه إنما يحدث نفسه بأمر الميت، وما يرد عليه، وما هو مسؤول عنه. [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (4205)]
[Lemah] Daripada Ibn Abi Ruwwad, beliau menceritakan, Apabila Baginda SAW menghantar jenazah ke tanah perkuburan, Baginda banyak mendiamkan diri dan bermonolog sendiri. Para sahabat melihat Baginda bermonolog berkenaan keadaan si mati; tentang apa yang akan berlaku padanya, dan apa yang akan ditanya kepadanya. [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4205]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.