Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Baginda SAW menghantar jenazah ke tanah perkuburan, Baginda banyak mendiamkan diri

Teks Bahasa Arab

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اتَّبَعَ الْجَنَازَةَ أَكْثَرَ الصُّمَاتِ، وَأَكْثَرَ حَدِيْثَ نَفْسِهِ، وَكَانُوا يَرَوْنَ أَنَّهُ إِنَّمَا يُحَدِّثُ نَفْسَهُ بِأَمْرِ المَيِّتِ، وَمَا يَرِدُ عَلَيْهِ، وَمَا هُوَ مَسْؤُولٌ عَنْهُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Baginda SAW menghantar jenazah ke tanah perkuburan, Baginda banyak mendiamkan diri dan bermonolog sendiri. Para sahabat melihat Baginda bermonolog berkenaan keadaan si mati; tentang apa yang akan berlaku padanya, dan apa yang akan ditanya kepadanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1052, hadis no. 5377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن أبي رواد، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا اتبع الجنازة أكثر الصمات، وأكثر حديث نفسه، وكانوا يرون أنه إنما يحدث نفسه بأمر الميت، وما يرد عليه، وما هو مسؤول عنه. [ابن المبارك، الضعيفة (4205)]

[Lemah] Daripada Ibn Abi Ruwwad, beliau menceritakan, Apabila Baginda SAW menghantar jenazah ke tanah perkuburan, Baginda banyak mendiamkan diri dan bermonolog sendiri. Para sahabat melihat Baginda bermonolog berkenaan keadaan si mati; tentang apa yang akan berlaku padanya, dan apa yang akan ditanya kepadanya. [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4205]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.