Apabila Baginda SAW menetap di suatu penempatan, Baginda tidak akan bertolak melainkan setelah menunaikan solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا نزل منزلًا لم يرتحل حتى يصلي ركعتين أو صلاة يودع بها المنزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda SAW menetap di suatu penempatan, Baginda tidak akan bertolak melainkan setelah menunaikan solat dua rakaat, atau solat selamat tinggal bagi penempatan tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis nombor 5386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يزيد رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا نزل منزلًا لم يرتحل حتى يصلي ركعتين أو صلاة يودع بها المنزل. [طس، الطبراني في ((جزء ما انتخبه لابنه أبي ذر))، ك، هق، ((الضعيفة)) (4214)]

[Lemah] Daripada Anas RA, beliau menceritakan, “Apabila Baginda SAW menetap di suatu penempatan, Baginda tidak akan bertolak melainkan setelah menunaikan solat dua rakaat, atau solat selamat tinggal bagi penempatan tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan Juz’ ma intakhabahu lIbnih Abi Zarr, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4214]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs